Thursday, March 31, 2011

A) ASAS SENI REKA
Unsur Seni
1. Garisan
-Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu.   -Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan  bentuk, ruang, dan pergerakan.

2. Rupa
- Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
- Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar

Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
a) Rupa geometri- bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.
b) Rupa organik-rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.

Rupa boleh diolah dalam bentuk:
a) rupa positif- rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan
b) rupa negatif- ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.       

3. Bentuk
- bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan
Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:

a) Bentuk konkrit-bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat,   dan dirasai (bukan berbentuk gambar)
b) Bentuk ilusi- bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.

4)Jalinan
-Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda
Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
a) jalinan sentuh-jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/ tangan seperti kolaj, arca dan catan teknik impasto.
b) jalinan tampak- jalinan yang hanya dapat dilihat  tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

5) Ruang
- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak anatara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.
Terdapat 2 jenis ruang iaitu
a) Ruang nyata- ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b) ruang tampak- ruang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)

6. Warna
-Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a) warna asas-iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain)
b) sekunder- iaitu campuran dua wrana asas ( Hijau ‘ Biru+ kuning’), (jingga ‘ kuning + Merah’) dan ( ungu ‘ Merah + Biru’)
c) warna tertier- iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder.

Terdapat 3 gubahan warna iaitu:
a) warna harmoni-warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang)
b) warna penggenap- warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan)
c) warna sewarna- hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton ( daripada terang kepada gelap)

- Terdapat 2 suhu warna iaitu:a-
a) Warna panas -warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada rodawarna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)b-
b) Warna sejuk -warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkankesan sejuk, sedih, damai dan tenang)




B) ELEMEN DAN PRINSIP REKAAN
- Rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual. Dasar-dasar ini digunakan bagi membantu penyusunan elemen-elemen kepada satu aksi. Karya seni adalah hasil interpretasi peribadi dan harus dinilai sebagai ekspresi penuh.


 1. Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai danseimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

2. Kontra
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatugubahan
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

3. Penegasan
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkankebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objekyang hendak ditegaskan


4. Imbangan
- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan 

Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a- Imbangan simetri  -unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah(garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
b)- Imbangan tidak simetri -unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyaiciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

5. Irama dan Pergerakan
- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb- -Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadapsesuatu gubahan
- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

6. Kepelbagaian
- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalamsesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warnayang pelbagai dalam sesuatu gubahan 

7. Kesatuan
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa




Bibliografi
Diperolehi pada  Mac 1, 2011 daripada  http://psvspm.blogspot.com/2009/04/asas-seni-reka.html

Diperolehi pada  Mac 17, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/48573525/ASAS-SENI-REKA

No comments:

Post a Comment