Monday, April 4, 2011

STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN PENGAJARAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
            Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual, guru perlu bijak menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik menarik minat pelajar.  Guru perlu membuat rangcangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan objektif oengajaran akan tercapai.  Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini membolehkan guru-guru dapat menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan.
            Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah:
1.      Pembelajaran masteri
2.      Kajian masa depan
3.      Konstruktivisme
4.      Belajar cara belajar
5.      Kecerdasan pelbagai
6.      Pembelajaran akses kendiri
7.      Kemahiran berfikir
8.      Teknologi komnunikasi dan maklumat (ICT)
9.      Pembelajaran konseptual
10.  Pembelajaran Kontekstual

Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar dalam kelas, pemilihan strategi yang sesuai, pengajaran dan pembelajaran akan bejalan dengan lancar, seronok dan objektif akan tercapai dengan mudah dan berkesan. Strategi pengajaran yang sesuai, pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan akan memberikan kebaikan kepada guru dan pelajar


1.  Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencarikan makna dan pemahaman sesuatu serta menyelesaikan masalah. Kemahiran ini melibatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti P&P. Kemahiran yang digunakan seperti mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian. Kemahiran ini di aplikasikian dalam PSV dengan menggunakan pemikiran secara kritis untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluative. Selain itu, pelajar boleh menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif membantu mencerna dan menghasilkan idea asli yang yang bersifat generatif.

2. Kemahiran Belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.


3. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi ini merupakan teknologi pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan ICT. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. ICT di aplikasikan dalam PSV dalam bentuk berikut :

·                     Mod Penemuan iaitu memahami sesuatu konsep seperti perisian simulasi
·                     Mod resos iaitu aktiviti melalui internet , muat turun untuk mencari bahan.
·                     Mod perhubungan ialah menghantar dan menerima e-mel
·                     Mod sokongan seperti memproses perkataan , pereka bentuk grafik.

4. Kajian Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Contohnya, murid diberi tugasan menghasilkan rumah idaman saya. Jadi murid akan berfikir jauh ke hadapan memikirkan rumah yang di inginkan apabila dewasa kelak.

5. Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Dalam P&P pendidikan Seni , kecerdasan visual ruang lebih difokuskan dimana murid perlu berkebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang , warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan visual secara ruang secara grafik.

6. Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.

7. Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Melalui pembelajaran ini murid dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara bermakna. Contohnya, murid mengaplikasikan pengalaman melihat cara hidup di kampung nelayan untuk melukis suasana di kampung nelayan.

8 . Pembelajaran Masteri
Pendekatan masteri merupakan pendekatan yang berfokus kepada penguasaan pelajar dimana murid-murid perlu memahami satu unit pengajaran dahulu sebelum berpindah kepada unit yang lain. Pembelajaran ini di aplikasikan dengan melalui pemulihan kepada murid yang lemah manakala murid yang sudah memahami pelajaran diberi pengayaan. Setelah semua murid dapat menguasai kemahiran yang diingini barulah berpindah kepada kemahiran lain. Contohnya, sebelum mengajar melukis guru menekankan terlebih dahulu teknik lakaran bentuk asas.

Pengenalan Kaedah dan Teknik
Kaedah pula adalah cara yang dipilih kemudian disusun secara teratur dan sistematik sebelum melaksanakannya dalah sesuatu program mahupun aktiviti pembelajaran. Ianya adalah cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajara untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. Setiap orang akan menggunakan kaedah dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, apabila kita berada dalam situasi seperti mempunyai masalah keluarga, kita mesti akan mencari jalan iaitu pendekatan untuk menghuraikan masalah ini. Tanpa bantuan kaedah, masalah ini tidak akan berjalan dengan lancar. Mungkin kita boleh membuat senarai semak perkara-perkara yang boleh membuatkan masalah itu selesai.
Teknik pula adalah bagaimana seseorang melaksanakan sesuatu berdasarkan situasi-situasi yang tertentu. Teknik juga boleh dikenali sebagai modus operandi dalam situasi yang dicipta. Ianya merupakan satu prosedur untuk membantuk kaedah mencapai objektif. Selain itu, teknik merupakan satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada murid dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Teknik ini merujuk kepada suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan aktiviti pembelajaran bagi sesuatu hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar bahan pengajaran. Secara khususnya, teknik merupakan salah satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat mempercepat penanggapan pelajar.





Rujukan
 Strategi dalam pengajaran.Diperolehi pada Mac 20, 2011 daripada http://itukamibudakseni.blogspot.com/2010/11/strategi-dalam-pengajaran-dan.html


Diperolehi pada Mac 20, 2011 daripada  http://www.scribd.com/doc/17713195/Pendekatan-P-P-PSV


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Seni Visual.Diperolehi pada Mac 22, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/40534233/Strategi-Pengajaran-Dan-Pembelajaran-Dalam-Pendidikan-Seni-Visual