Monday, February 28, 2011

SENI HALUS ( TENUNAN SONGKET )

1.0 Pengenalan
            Tenunan merupakan seni tekstil yang terkenal di Malaysia. Hasil tenunan Malaysia yang pelbagai, halus dan tinggi mutunya mencerminkan dan kemahiran pandai tukang tempatan dalam bidang ini. Perusahaan banyak terdapat di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
2.0 Sejarah Tenunan  Songket
            Kain songket berasal dari istilah sungkit dalam Bahasa Melayu . Menurut sejarah, penenunan songket secara sejarah dikaitkan dengan kawasan permukiman dan budaya Melayu dan teknik songket ini diperkenalkan oleh pedagang Arab dan India. Menurut hikayat rakyat Palembang, asal mula kain songket adalah dari perdagangan zaman dahulu di antara Tiongkok dan India. Orang Tionghoa menyediakan benang sutera sedangkan orang India menyumbang benang emas dan perak; maka, jadilah songket. Kain songket ditenun pada alat tenun bingkai Melayu. Pola-pola rumit diciptakan dengan memperkenalkan benang-benang emas atau perak ekstra dengan penggunaan sehelai jarum leper.  Namun begitu, tidak diketahui secara pasti dari mana asal songket, menurut tradisi Kelantan teknik tenun seperti ini berasal dari utara, yakni kawasan Kamboja dan Siam, yang kemudian berkembang ke selatan di Pattani dan akhirnya mencapai Kelantan dan Terengganu. Namun begitu,menurut penenun Terengganu,  pedagang Indialah yang pertama  memperkenalkan teknik menenun ini  di Palembang dan Jambi, yang mungkin telah berlaku sejak zaman Sriwijaya.
            Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya. Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.
3.0 Motif
Songket ini terbahagi kepada pelbagai jenis motif.  Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan.  Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometric. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain.  Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

3.1 Susunan Motif Songket
1 ) Susunan Bunga penuh
-corak penuh bersulam juga dikenali songket cuban. Motif benang emas dan perak ditenun memenuhi keseluruhan kain.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyVtjY3Oy4wJJVyEvpj4PdBKFIuf2yda5l2hALha4XoLR4LLwCjsBWV-DJWugoNW5MQ431wZsqrpkjDZTchU4_6XJLt-HNfPhChEQWdd8K9ZXyYE7mKMLwk7ZjzpN_XWHmb8T4xbHr4HGH/s320/st_05_4.jpg
2 ) Susunan bunga tabur
-corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau berangkai antara satu sama lain. Motif bunga yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak dan lain-lain. Taburan pada kain songket juga dilengkapi dengan garisan corak di kepala dan kaki kain.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOEd9v-dIjq09CTQR-SJhiSdU5I_pzUreCQrn2-E9AI5-TNo-kYbSjhBeaD6jeNpc4gsCaNGDqP0HWamcBwyBKIiaeAG2KJuHWnvVu38_v5-PlsxoybFxkW51RifWpjoyR13Z5Tg4a-sj1/s320/269395403.jpg

3) Susunan bercorak
-susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau melintang.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_4a4KirAAw-y_ljrUkXC7BzwtNB-kCezIg5Ln6D-H3sHD_rwhjr6be4kcI48jgWOhsvHr2JDBBWk8qrBgDryMR2BtqSh9-E7xhARlUv6ozGfuJPdIrEaa_r1kFTRyd0hsJZ05jNJw_gLz/s320/songket%2520bunga%2520anggun%2520sari%2520istana%2520Unggu.jpg



4.0  Proses tenunan songket     
Bahan dan alat
- Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula terdiri daripada kek tenunan, kek mengarat, rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan jentera, jarum culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung atau buluh, benang batang bunga songket, darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak pakan, torak benang emas dan sumbi.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVQrC3OLFzfzd7yQQ6-3_8DD0UAkNazRcASeZUs5QL094vMm8Xyu2KroViGzXO5gra8jEmPxXs1B3qo0qsOwJcKAWLNBJyPs9P1Ka50-8_qNReDaz8hoF4cUD1E3sLZNdnca2AmlERjQlr/s320/tenun1.jpg                  http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ9ul_k2VHIR27PmgSfiKrFZX9PHHBSKgG-CF0x_CeNr0MYTUOsjA
                        Kek tenun                                                           Alat tenunan songket         


Teknik dan proses
Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air dan dijemur hingga kering.  Lapan proses lagi yang terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh disiapkan ialah melerai, menganing, menggulung, meyampuk, menghubung, mengarak, menyolek dan menenun.
1. Melerai
-          Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan berat.

2. Menganing
-          Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung benang pakan atau seloseng yang berukuran 26-31m boleh menghasil 12-14 helai kain.
3. Menggulung
-          Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang memanjang pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk memastikan susunan kemas.
4. Menyampuk
-          Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat. Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk benang kepada jentera.  Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua belah hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai paku di kedua-dua belah hujungnya Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan tidak berkedut.
5. Menghubung
-          Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang tertinggal pada jentera.  Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung.
6. Mengarak
-          Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk.  Mengarak dilakukan dengan melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen.  Jumlah karat yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang anak kayu.
7. Menyolek
-          Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket.  Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki.  Biasanya kain songketn ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima. Jika menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan benang-benang alas ini di sengkang pula dengan belira.  Setelah benang losen berada di atas, barulah boleh menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan lidi buluh.  Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran.  Belira ditegakkan untuk menyenangkan ikatan benang butang.  Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak atau motif bunga di atas songket.  Apabila selesai proses menyongket, benang losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar menjadi kain songket.
8. Menenun
-          Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain.  Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak benang emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang dikehendaki.  Lazimnya selepas satu benang emas dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun akan menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan.  Proses ini diulangi sehingga menghasilkan sehelai kain songket.





4.0 Bibliografi
Warisan Budaya Malaysia. Diperolehi pada Februari 27,2011 daripada http://malaysiana.pnm.my/04/0408songket.htm

Tenunan. Diperolehi pada Februari 28,2011 daripada http://www.scribd.com/doc/35122937/Tenunan

Tenunan songket. Diperolehi pada Februari 28,2011 daripada http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/tenunan-songket.html











Monday, February 7, 2011

DEFINISI KREATIVITI

Definisi Kreativiti
Kreativiti ialah menghasilkan sesuatu yang baru. Menurut  kamus Dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan ( kebolehan ) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Mengikut Viktor Lowenfeld (1975), kreativiti adalah naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.

Bagi June King Mcfee pula, beliau berpendapat kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru, bagi mengemas kini perlambangan yang sedia ada. Aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru dianggap suatu kreativiti. Guilford melihat pemikiran kreatif sebagai pemikiran yang fleksibel, lepas daripada belenggu pemikiran lama dan berusaha mencari arah pemikiran dan hala tuju yang baru. mengharapkan dan menjangkakan kepada sesuatu yang unik dan asli. Jones (1972) pula berpendapat semua manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat kreatif  dan dengan adanya persekitaran dan teknik-teknik yang sesuai, maka potensi ini boleh dikenali, dipupuk dan diukur. ( Mazlan Mohamad, 1994)

Individu yang mempunyai kebolehan 'kreatif' biasanya mempunyai perasaan istimewa dan ekslusif kerana individu ini dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang dijumpai. Kualiti yang istimewa inilah yang membezakan individu itu daripada kumpulan majoriti yang kurang kreatif. Seseorang yang kreatif lazimnya tidak memaparkan secara langsung tentang apa yang dilihat ataupun dialaminya, ia mungkin menggunakan metafora dan analogi memproses pengalaman tampaknya bagi dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru. Seseorang yang kreatif harus mencari dan meningkatkan kesedaran, mengenal pasti sesuatu, memginterpretasi, dan melihat kemungkinan-kemungkinan melalui daya pandang -timbang.

Pemikiran yang seimbang diperlukan iaitu pengunaan otak kiri (perkataan) dan otak kanan ( imej ) pada masa serentak ataupun ia boleh berubah-ubah dari kiri ke kanan ataupun dari kanan ke kiri.

RUJUKAN

Apa itu kreativiti.  Diperolehi pada Febuari  1, 2011 daripada http://thinkart-feza.blogspot.com/2010/03/apa-itu-kreativiti.html

TEORI PEMBELAJARAN PENEMUAN ( DISCOVERY LEARNING )

PENGENALAN

            Teori penemuan pembelajaran ini diperkenalkan oleh Jerome Bruner.  Teori Bruner ini mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas berpandu atau latihan penyiasatan.  Teori Bruner mempunyai ciri khas dan berbeza dengan teori pembelajaran yang lain iaitu berkaitan tentang “Discovery Learning” iaitu belajar melalui penemuan atau dengan menemukan konsep sendiri. Bruner berpendapat  pembelajaran melalui penemuan sesuai dengan pencarian pengetahuan secara  aktif oleh manusia, dan dengan sendirinya memberikan hasil yang paling baik. Pembelajaran jenis ini menggalakkan murid-murid ini menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti secara aktif.  Contohnya dalam matapelajaran Sains, guru memberi contoh-contoh mamalia, kemudian meminta murid-murid menyatakan ciri-ciri mamalia berdasarkan contoh yang diberi tadi.

Bruner mementingkan aspek-aspek berikut dalam teori pembelajaran beliau.

 Aspek tersebut ialah:

·         Cara manusia berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya. 
·          Perkembangan mental manusia dan pemikiran semasa proses pembelajaran. 
·         Pemikiran secara logikal. 
·         Penggunaan istilah untuk memahami susunan struktur pengetahuan . 
·          Pemikiran analisis dan intuitif. 
·          Pembelajaran induktif untuk menguasai konsep/kategori. 
·          Pemikiran metakognitif iaitu pemikiran mengenai pemikiran.

 

Ciri-Ciri Penting Pembelajaran Bagi Teori Bruner Ialah : 
1-Persekitaran untuk belajar
Pengajaran hendaklah berkaitan dengan pengalaman dan konteks kanak-kanak supaya kanak-kanak berasa ingin dan sanggup belajar semasa masuk sekolah.   Pengajaran selanjutnya bergantung kepada cara membangkitkan minat di kalangan murid.  Semua kanak-kanak memiliki mekanisme dalaman untuk ingin belajar.  Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui pembelajaran penerokaan.   Selain itu faktor-faktor persekitaran seperti kebudayaan, motivasi dan prsonaliti mmepengaruhi keinginan kanak-kanak untuk belajar. Di sekolah pula guru perlu mewujudkan situasi pengajaran yang relevan dengan pengalaman dan minat pelajar. Guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang menggalakkkan pembelajaran penemuan dan memberi arahan yang berstruktur tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar.


2- Struktur pengetahuan

Merupakan satu kelompok pengetahuan hendaklah dibahagikan mengikut susunan yang mana dipelajari, dengan cepat. Bruner menyatakan bahawa proses pembelajaran lebih bermakna jika pelajar memahami struktur sesuatu isi pelajaran. Beliau mencadangkan pelajar membuat sistem mengkod,  iaitu menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki.  Sistem pengkodan yang baik diperlukan supaya ransangan yang tertentu boleh dimasukkan dalam kategori-kategori yang sewajarnya.  Jika sistem pengkodan ini disusun secara teratur, pelajar dapat memahami ransangan dengan lebih baik. Bruner menyarankan supaya guru menyusun bahan pengajaran dalam cara yang dapat diterima oleh pelajar mengikut tahap kebolehan dan pengalaman mereka.  Hubungkaitan yang wujud antara idea-idea yang penting dalam sesuatu mata pelajaran boleh dihuraikan dalam bentuk gambar rajah, prinsip atau rumusan. Guru mesti terangkan konsep alam bentuk perwakilan konkrit, iaitu pelajar dapat melihatnya secara visual dalam bentuk grafik dan gambar. Guru juga perlu menentukan jumlah maklumat yang boleh disampaikan kepada pelajar untuk diproses dan disimpan. Konsep ini dipanggil ekonomi pembelajaran.

3- Urutan 

Bahan pengajaran hendaklah disusun mengikut urutan yang cekap untuk disampaikan dalam pengajaran supaya pelajar memahaminya dengan berkesan.  Buner menamainya sebagai urutan optimum. Urutan ini mesti mengambil kira kebolehan pelajar untuk memproses maklumat dan dapat mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran. Pelajar belajar mengikut urutan tertentu, iaitu :

a. Pesanan tanpa bahasa
b. Respon anggota badan
c. Gambaran dan lakaran
d. Bahasa


4- Peneguhan
Guru mesti memberi maklum balas terhadap prestasi dan kemajuan pelajar, an masa peneguhan diberikan juga sangat penting. Jika peneguahan diberikan terlalu awal, pelajar akan menjadi keliru. Jika peneguhan diberikan terlalu lewat, pelajar tidak berminat lagi dengan maklum balas tersebut. Bruner juga mementingkan motivasi intrinsic kerana inginkan supaya pelajar menyelesaikan masalah sendiri dengan bimbingan yang diberikan oleh guru.


Peringkat Pembelajaran Dalam Teori Bruner
 

Mengikut teori perkembangan kognitif Bruner,  peringkat pembelajaran berubah dalam tiga turutan iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.

Peringkat enaktif berlaku pada usia 0-2 tahun.
Peringkat enaktif ialah pembelajaran melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi melibatkan bahasa. Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah. Bahan maujud perlu dipegang dan dipergunakan untuk memperolehi pengertian. Misalnya, kanak-kanak kecil menyentuh api untuk mengetahuinya boleh panas an melecurkan ; melontarkan bola untuk mengetahuinya boleh melambung dan berguling.

Peringkat ikonik berlaku pada usia 2-4 tahun.
Pada peringkat ini digunakan untuk kanak-kanak yang lebih tua iaitu pembelajaran mencapai peringat sanggup membentukkan penanggapan (persepsi) dan membina gambaran dalam mental. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka. Contohnya, kanak-kanak boleh melukis gambar sudu tanpa melihat sudu, kerana dia melukis gambar berdasarkan bayangan atau imej yang disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak pada usia ini juga dapat membentuk penanggapan dan membina gambaran mental. Contoh, walaupun tanpa menyentuh bahan tajam seperti pisau, kanak-kanak tersebut sudah tahu bahan itu boleh melukakan tangan jika terkenanya.



Pemikiran peringkat simbolik ialah pada usia 5-7 tahun.
 Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa. Mereka dapat berfikir secara abstrak dan membuat penaakulan logik. Dalam peringkat pembelajaran simbolik, simbol seperti perkataan, bahasa dan formula dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan penaakulan abstrak. Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari peringkat motor-sensori (enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya ke idea sbstrak (simbolik), maka turutan pengajaran haruslah berkembang sedemikian. Maksudnya, pengajaran dirancangkan untuk mendedahkan kanak-kanak memperolehi pengalaman pada permulaan, kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit, dan akhirnya persembahan dalam bentuk simbol. Ketiga-tiga proses ini saling berkaitan dan membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Satu contoh situasi pembelajaran mengikut urutan ini adalah seperti berikut :

Enaktif - Kemahiran berbasikal
Ikonik - Membayangkan cara berbasikal dengan baik
Konkrit - Dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentuk
bahasa kepada rakan sebaya.